saya mengaku, saya suka masak, tapi saya susah nk makan apa yang saya masak..
pasal saya lagi suka orang makan masakan saya daripada saya turut sama makan.
bukan pasal saya masak tak sedap, tapi saya rasa kenyang tengok semua orang cakap saya boleh memasak dan diorang boleh makan apa yang saya masak.
dulu saya aktif masak-memasak a la campak-mencampak. macam chech jugak. tapi sejak saya rasa saya patut bersedia untuk memasak macam seorang isteri masak, saya telah kurangkan inclination saya untuk campak-mencampak. instead, saya mula memasak dengan menggunakan resipi yang betul.
ya, hobi baru saya ialah mengumpul resipi. hari tu nasib baik saya tak membeli buku resipi yang mahal di MPH. instead, saya telah menggoogle resipi yang simple tapi menarik untuk dicuba di laman web. lebih murah dan mudah. print guna kertas recycled kerajaan, nyehnyehnyeh..
saya tau Abang suka kalau saya pandai dan suka memasak. ketahuilah akan dia bahawa saya memang suka masak, tapi saya sangat tak suka makan. so, cuba teka siapa la yang bernasib baik diamanahkan untuk menghabiskan makanan yang saya masak dengan sedap tu? huhu.
kata orang, bila memasak, almost all the vitamins, the gist of the dish dah bersama dengan bau masakan tu. tu la pasal saya dah kenyang kot?
kenyang dengan bau masakan yang sedap :)
in fact this morning i cooked ayin's fried kuetiaw yg sangat simple mimple. takde udang (only udang kering), cili padi nor anything else except an egg. tapi bila saya rasa sebelum saya melangkah keluar, ingatkan tak sedap pasal masak dalam tempoh kurang 10 minit je, eh! rupanya sedap jugak la!
tapi pasal saya dah lambat, saya tak buat bekal pun. lagipun kuetiaw yang sedap tu tak banyak pun, cukup untuk breakfast dan lunch ayin jer..
hari ni saya ingat saya nak balik masak nasi. kuah apa saya tak pasti lagi. maybe saya masak kuah gulai ayam lemak kuning kot? tapi saya tak suka lemak-lemak ni. hemm.. saya pun dah lama tak makan ayam madu.. bolehlah masak ayam madu.. salimah pun supposed ada kat umah malam ni..
here's a recipe of ayam madu from http://resepi.mesra.net/ if you guys want to join me with my new hobby too :)
Ayam Madu Goreng Ala Nasi Ayam
Kiriman: Areels
Bahan-Bahan:
Bahan Utama :
Seekor ayam (dipotong 8)
2 kiub pati ayam
Bahan A :
Halia (sebesar ibujari)
1 bawang besar
2 ulas bawang putih
Bahan B :
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
Cara:
Tumbuk atau giling bahan A. Kemudian tumiskan bahan A tadi sehingga naik bau dan rebus ayam. jangan lupa masukkan kiub pati ayam.
Setelah ayam siap direbus. Angkat dan toskan airnya.
Campurkan kesemua bahan B sehingga sebati. Kemudian perapkan ayam yang telah direbus bersama sama bahan B. Perap selama 1-2 jam.
Selepas diperap, panaskan minyak dalam kuali dan goreng sehingga garing.
Cadangan Hidangan:
4-6 orang
Tambahan:
Amat sesuai dimakan semasa buka puasa bersama sama nasi panas. Air rebusan ayam tu bolehlah dibuat sup. Kalau nak pedas sikit letakkan cili padi dalam air rebusan itu. kalau tak nak direbus ayam pun boleh... boleh terus digoreng selepas diperap... tapi gunakan api yang kecil sedikit kerana, ayam tu mungkin akan hangit sikit sebab ada madu. Anyway... dua dua cara tetap sedap.... Cuba jangan tak cuba.
sorry for the mis-allignment. the template has gone awry again.. boohoo!
Recent Comments